Selasa, 21 Jun 2016

Destinasi Produk Avon Online


Assalamualaikum


Industri kosmetik antarabangsa sentiasa meriah dengan keluaran produk-produk kecantikan dari jenama-jenama kosmetik yang terkemuka dan tidak dilupa juga dengan kemunculan jenama-jenama yang baru. Salah satu jenama kosmetik antarabangsa yang sering mendapat perhatian ramai wanita adalah Avon. Sejak dari dahulu lagi Avon telah mendapat tempat di hati ramai wanita di seluruh dunia termasuk di Malaysia

Seperti jenama kosmetik yang lain , Avon turut memfokuskan kepada penghasilan produk kecantikan yang selamat digunakan dan sesuai untuk semua kulit wanita. Bukan itu sahaja , Avon juga turut menawarkan aneka pilihan produk penjagaan , set mandian , set wangian dan aksesori untuk wanita dan juga lelaki

Kalau korang nak tahu , Afifah sendiri merupakan salah seorang pengguna jenama Avon. Kebanyakkan barang kosmetik Afifah semua jenama Avon. Tak dinafikan jenama Avon memang best! Afifah pengguna Avon dari tahun lepas lagi. Apa yang Afifah boleh katakan , Afifah tak pernah menyesal menjadi salah seorang pengguna jenama Avon. Ohh yaa , semua produk dari Avon nie semuanya berpatutan dan semua orang mampu memiliki.


 Bagi penggemar jenama Avon di Malaysia , sejak dahulu lagi produk-produk Avon amat dekat dengan wanita Malaysia dan ia boleh dilihat daripada jumlah ribuan wakil penjual Avon yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Bukan itu sahaja , stokis jualan barangan Avon juga amat mudah ditemui dan ia memudahkan setiap pembeli setia Avon 

Apa yang bertambah menarik , produk Avon Online jugak kini boleh dibeli dengan mudah di laman web rasmi Avon dan juga portal-portal online terpilih. Salah satu portal online yang paling dipercayai di Malaysia adalah ZALORA Malaysia yang bukan sahaja menawarkan aneka pilihan barangan fesyen , malah menjual produk-produk kosmetik dari jenama-jenama terbaik termasuklah Avon

Kalau korang berminat nak mencuba jenama Avon , korang boleh beli di ZALORA Malaysia . InshaAllah boleh dipercayai and harga berpatutan. Korang takkan menyesal trust me! Hehehe


Khamis, 9 Jun 2016

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


Assalamualaikum

http://www.nurinaizzati.com/2016/06/madinah-and-vietnam-souvenirs-giveaway.html

Klik banner untuk join :)

P/s : Afifah followers ke 1257 and subscriber ke 87 :)