Sabtu, 21 Februari 2015

20 facts about me

Assalamualaikum and goodnight ! :)

Harini nak update entry baru tapi macam biasa takde idea lah nak update apa. Haha. Ermm dulu trend sangat " 20 facts about me " Paling hot dekat instagram lah kan. Afifah selalu kena tags tapi malas nak buat. Haha. So kali nih update dekat blog jelah boleh ? Haha. Janji ada entry baru kan. Hihi
* sorry gambar buruk. Dalam phone lawa je upload sini jadi buruk. Huhu *


1. Nama sebenar Nurul Afifah tapi kenkawan, family and cousin suka panggil fifa, unnie, efaa

2. Tarikh lahir 2/2/2002 . Diri sendiri selalu bangga sebab orang cakap tarikh lahir cantik. :p

3. Kaki Shopping. Habis sangat every months kena beli jugak barang walaupun satu. Tak kisah ler shawl,baju, novel or whatever. 

4. Cerewet nak mampos. Yer saya memang cerewet. Kalau nak beli kasut kan mengalahkan nak beli baju. 2 jam je boleh duduk dalam kedai kasut yang sama. Belek kasut tu kasut ni. Try pakai. Then tenung lelama kasut tu hati nih berkenan ke tak kalau beli. Huhu. Tu belum shopping baju lagi tu. Cerewet dari segi kebersihan, makanan jugak

5. Penakut ya amat! Serius malam je kalau terjaga sure akan peluk teddy bear kuat2 then kalau dengar bunyi benda jatuh ke apa ke mula lah otak nih pikir macam2. Haha. 

6. Suka tido lewat. Selalunya pukul 3,4 pagi baru tido. Selalu kena marah sebab anak dara tak elok tido lewat but i don't care. Hahaha. Selalunya tido lewat asyik duk online, baca novel, main lilit2 shawl, tengok cita korea. Tu je hobi bila tido lewat. Tak kose nak tengok cita hantu memalam sensorang. Hihi

7. Kaki jealous. Yup bukan jealous sikit2 tapi jealous yang gila2 punya. Bila jealous automatik diri nih pun akan mula jadi sensitif. Nak nangis tapi tak boleh nangis. Nak merajuk tapi tak sampai hati. Hadoi pening -,-

8. Kaki selfie. Dah serupa hantu selfie dah. Pantang pakai cecantik, nampak fon/camera, dalam kereta, shopping. Sampai kekadang my mom tegur. Hahaha Anak dia nih tak boleh nampak camera nanti mulalah nak selfie. Huhu. Actually sehari kena ada 1 gambar selfie. Then upload instagram! Hahaha

9. Suka gelak. Hahaha Gelak nih salah satu hobi afifah jugak. Kekadang duduk sorang2 pun boleh gelak. Aduii mental ke acaner nih kan. Uishhh mintak dijauhkan

10. Kuat merajuk, sensitif. Tak tau la kenapa sejak kebelakangan nih kerap sangat nak merajuk. Sensitif pun datang tetiba. Even someone tu tersalah send pun afifah boleh terasa and merajuk. Emm apa dah jadi dengan diri aku sekarang nih :'(

11. Tak suka kalau orang pijak kasut, nanti akan maki orang tuh sehari suntuk. Nih selalu jadi dekat sekolah lah. Even orang tu tak sengaja sekali pun tetap akan maki dia jugak. Dari kecik lagi macam nih. Walaupun orang tu mintak maaf sebab tak sengaja tapi haku peduli hape. Haha. Still nak maki dia dalam hati. Uishh. Teruk betol perangai. 

12. Suka color pink, purple. Yes my favourite colour! Sebab tu lah banyak barang afifah color pink, purple. Beg sekolah pun color purple, jam tangan pun pink, casing phone pun pink purple. Haha. Nasib badan tak pink and purple kan.

13. Tak suka make up over. Afifah lebih prefer make up natural. Make up over ? I don't like!!! Rasa macam over nauu kau make up. Like a clown! Haha.

14. Kuat berangan. Yup kekadang boleh berangan nak beli iphone then tayang depan kawan. Ewww buruk betul berangan. Selalunya berangan time nak tido and dalam kereta. Haha. Tak kisah sangat if nak berangan sebab berangan itu free!!

15. Suka menyanyi masa cuci pinggan. Haha. Serious tak tipu. Kalau future mom in law tau nih confirm kena reject dah nih. Bahaha :p  Paham2 jelah bila menyanyi sambil cuci pinggan, sepatutnya setel cuci semua tuh dalam 15 minit centu ja. Tapi boleh jadi 50 minit. Muahaha :p Ingat senang nak cuci sambil nyanyi pastu nak feeling lagi. Ngeeee

16. Pemalu. Tapi kalau dah start kenal jadi peramah. Style afifah orang yang kena tegur dulu baru afifah boleh jadi peramah. Hahaha.

17. Depan2 nampak garang tapi percayalah hati lembut. Bak kata orang dalam hati ada taman. Haha. Oh haa kalau terjumpa orang yang afifah kenal dekat mana2, afifah lebih suka senyum je dulu dari terus pegi terjah dia. Entah dari dulu lagi suka macam tu. Takut salah orang sama kot. Baik kau senyum je kan. When dia datang dekat kau n tegur baru kau start jadi peramah. Haha

18. Orang cakap afifah pemaaf. Emm tak sure afifah nih jenis pemaaf or tak. Haha. And orang cakap afifah cool je walaupun hati nih dah terluka, berderai, pecah *overr sangat pehal* still macam biasa boleh gelak, senyum,sembang dengan orang yang dah buat hati nih sakit. Em kalau yang nih memang betul. Hati memang dah sakit sesangat tapi ntah diri sendiri rasa tak sampai hati kalau nak buat bodo dekat dia. Selagi boleh tahan kita tahan kan. Kekadang tewas afifah memang tak reply mesej, kawan, angkat call tapi esok tuh afifah sendiri mintak maaf walaupun bukan afifah buat salah sebab diri nih rasa berdosa buat gitu dekat orang. Emm

19. Hantu novel. Yes itu memang afifah. Every months memang akan beli novel even satu. Tapi bukan  novel budak2 laa eh. :p

20. Suka lukis dress sebab teringin nak buka butik kononnyaaa :p Tapi tak salah kan kalau betul pun

21. Takleh tengok benda cantik+cute+comel nanti jadi tak tentu arah. Rasa macam kena beli jugak benda tuh. If tak beli boleh terbawak-bawak sampai dalam mimpi. And 1 more, sanggup tak makan kalau tak dapat beli benda yang kita nak walaupun benda tuh tak berfaedah. Huhu

Eh laa dah lebih rupanya. Tak perasan sebab banyak sangat nak list. Huhu. Mohon jangan bash aku. Hahaha K bye

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ツ Comment Here! ツ