Khamis, 3 Disember 2015

Majlis Graduasi Prasekolah


Assalamualaikum and selamat petang guys!

Haaa kau tengokkkk! Aritu janji nak update entry pegi Pulau Aman kan tapi sampai sekarang tak update2. Tetiba update entry pasal majlis graduasi plakkan. Hahaha
Gambar2 masa pegi Pulau Aman tuh takleh upload sebab tuh tak update lagi. Tak best lah kalau update entry takde gambar kan. Huhu. Nanti kalau dah boleh upload afifah update k.


My little brother

Sebelum cuti sekolah haritu prasekolah adik afifah ada buat majlis graduasi. Sebagai kakak yang baik *haha* afifah sanggup ponteng sekolah and pegi tengok majlis graduasi tuh. Hehe
Lagipun adik afifah ada masuk persembahan and dia dapat anugerah cemerlang so rasa macam agak rugi kalau tak pegi tengok. Alaaa exam dah habis baik ikut my mom pegi majlis graduasi tu kan.

Gambar masa adik afifah ambik sijil takde ehh. Huhu. Time adik afifah nak ambik sijil tu lah phone nak buat hal. Takleh on. Hmm sadis banget --' Takpelah takde rezeki nak ambik gambar masa adik afifah tengah naik pentas ambik sijil



Adik afifah tengah buat persembahan Kun Anta :)

Ohh haa kemain lama dia practice step tarian nie. Bila malam je " kakngah buka youtube lagu kun anta. Adik nak berlatih " haha. Apa2 jelah adik oii. Kakngah dulu masa umur macam adik pun masuk persembahan jugak tau :p Nak upload video persembahan nie tapi takleh upload sebab internet lengai. Nak upload gambar pun menyiksa tambah upload video kan. Huhu
Time nie jugak orang ramai sangat sampai afifah yang kecik nie kena tolak. Kang kalau tolak balik nampak sangat biadap kan so terpaksalah mengalah pegi teman yang tak berapa ramai orang. Btw persembahan nie setiap class. Means setiap class kena buat persembahan. Ada 4 class so 4 class tu kena buat persembahan.


Lepas adik afifah habis buat persembahan dia kena ready untuk terima anugerah cemerlang pulak. Untungnya lahaii baru prasekolah dah dapat anugerah cemerlang. Afifah dulu darjah 4 baru dapat anugerah cemerlang ok! Hahah. Btw semuanya ada banyak kategori. Tapi dah tak ingat ada berapa hehe








Time nie ada banyak sangat camera sampai dia tercarik-carik camera phone kakngah dia haha. Nasib baik dia tengok camera phone afifah. Time nie jugak camera phone afifah dah ok so dah boleh snap banyak gambar


Paling sayangggg 


Mama and adik <3


Me and my little brother :)


Time nie darjah 5 and darjah 6 tengah rehat so kitorang terpaksa panggil my cousin yang tengah makan. Hahah. Thanks wani sebab tolong ambik gambar kitorang :'p


Dah setel semua kitorang pun balik. Penat lah jugak. Tapi dalam penat2 pun sempat pujuk mak afifah beli coolblog :P Sebagai upah teman pegi majlis graduasi adik afifah :'D

Ok dah tak larat nak taip. Lenguh jari2 nie haa :)
Bye assalamualaikum



Ahad, 8 November 2015

Hari Koko


Assalamualaikum


Harini cuti and tetiba mood rajin nak update blog tu datang so meh lerr kita update entry. Ikutkan nak update entry pegi Pulau Aman tuh sebab dah janji nak update dalam masa terdekat tapi takpelah update entry hari koko nie dulu. Nanti ada masa baru update entry Pulau Aman tu. Ada masa ? Agak2 bila lah nak ada masa kan. Tah2 tahun depan baru update! HAHA
Okayh , bulan 8 haritu my school ada buat hari koko. Haaa see! Dah berbulan baru nak update hahahaha. Whatever asalkan update kan. Macam biasa takde story nak cerita. Tengok gambar jelah k hoho


Hawa and me

Masa hari koko haritu ada magic show tapi kitorang tak pegi tengok pun magic show tuh. Macam rugi kan. Bukan senang nak dapat tengok magic show secara live. Huhu. Takpelah takde rezeki nak tengok magic show tuh secara live. Then masa hari koko tuh jugak boleh pegang and ambik gambar dengan ular. Tapi paham2 jelah kitorang nie penakut memang tak lah nak pegang and ambik gambar dengan ular kan


Robot a.k.a Najwa :p , Hawa and me


Ramai cakap kitorang nie adik beradik. Hahaha. 
Kitorang bukan adik beradik k. Kitorang memang selalu jalan sekali. Pegi mana2 bertiga. Rehat , belajar , balik semua benda lah kitorang mesti buat bertiga. Tapi kitorang bukan adik beradik k
Kitorang kenal tak sampai setahun lagi. Baru berapa bulan je tapi tah lah kitorang nie macam dah kenal 10 tahun! Memang sayang sangat2 lah kat diorang nie


Muka letih
Bukan letih sebab apa pun. Letih sebab terlebih makan. 
Hahaha


ARAAI
Paling sayang
Abaikan muka Intan :p



With cousin tersayang, Diana
Tahun nie dia pt3
Tak sabo nak tunggu result awak keluar hahaha *gelak jahat*

Habis! Okay nanti ada masa Afifah update entry Pulau Aman tu pulak ok.
 Tata


Selasa, 27 Oktober 2015

Love

Assalamualaikum


Baru2 nie kitorang balik kampung ada tahlil untuk arwah maktok Afifah. So meh kita layan gambar meh. Tak larat nak taip panjang2










Okay habis. Nanti nak update entry Afifah pegi Pulau Aman pulak. Sementara tengah rajin baik kita update siap2,sebelum malas tu datang
Okay bye


Khamis, 22 Oktober 2015

Happy Birthday Mama!

Assalamualaikum

Tetiba harini jadi rajin nak update entry plak. Semalam dah update harini update lagi. Takpe mood rajin tengah datang kan hihi
Minggu lepas kitorang celebrate birthday my mom. Kali nie paling mencabar okay. Haha


Petang sebelum celebrate tuh kitorang gigih tiup belon. Kekonon nak buat macam grand lah. Haha. And now belon2 tuh still ada. Tersimpan je dalam bilik. Sapa nak boleh pm. Tapi takleh pos guna poslaju eh. HAHAHA

Cake birthday mama :)

Cake tuh kitorang tempah seminggu sebelum nak celebrate birthday my mom. Kitorang survey start awal bulan 8. Lama kan. Sebab kitorang nak cake yang boleh letak gambar banyak kedai takleh buat and mahal. Kitorang takde bajet banyak mana pun. Sikit je. Pastu date yang kitorang nak semua dah full. Gelabah jugaklah. Masing2 dah pasrah kalau full beli cake secret recipe jelah huhu. Nasib baiklah satu kedai cake nie boleh buat. Cuma kena ambik malam cake nie. Takpelah malam pun malam lah asalkan boleh buat kan

Dekat mana tempah cake nie ? Dekat kedai cake Kompleks Dato Kailan. Orang kepala batas sure tau kedai cake nie dekat mana kan hehe. Cake nie pun sedap. Memang berbaloi lah. Price ? Dah tak ingat berapa. Tapi rm100 lebih lah. Boleh pegi tanya sendiri dekat kedai cake nie

 

Pagi tuh my sis ada class. Petang baru dia habis class. So petang tu lah baru kitorang prepare semua benda untuk celebrate birthday mom. Dia balik class mandi semua pastu pegi beli balloon , ambik cake then pegi beli KFC

Kitorang nak buat surprise. So my sis call my grandmother suruh tolong call my mom kekonon ada barang nak bagi. Sempat lah kitorang prepare barang kan. Tapi my mom taknak pegi. Suruh kitorang je pegi ambik barang tuh. Haha sudah kan hancur habis plan tu. And last sekali my sis cakap bf dia nak datang baru plan kitorang menjadi. My mom bangun kemas rumah pastu pegi mandi. Time tuh lah kitorang prepare semua


Tudung ku serabut. Tak sempat nak bagi kemas. 
Busy punya pasal. Takpelah janji pakai tudung kan hehe






Okay habis hehe. Penat woi taip guna phone. Lenguh jari huhu. Okay sambung entry lain pulak. Banyak lagi nak cerita. Tunggu entry baru okey



Raya 2015

Assalamualaikum
Disebabkan boring tahap gaban taktau nak buat apa sebab harini cuti jerebu, meh kita update entry. Nak update kisah raya 2015. See! Raya dah berbulan harini baru nak update kisah raya. Hahaha. Takpe janji update kan. Tapi takde yang menarik pun. Cukuplah sebagai kenangan dalam blog nie


Tahun nie my mom nak buat color gold. Nak pakai sedondon gitu. Kitorang setiap tahun first eid memang pakai sedondon. Tahun nie pun sedondon jugak. Masa bulan puasa pegi jakel cari kain nak buat baju raya. Pastu pegi kedai kain dekat pekan Sungai Petani tu pulak cari kain untuk buat kain baju raya. Lace tuh taktau beli kat mana sebab my mom yang beli. Ngehngeh! 2,3 hari sebelum raya baru dapat baju


Selalunya pagi raya kitorang beraya dekat kampung. Tapi tahun nie pagi raya kitorang raya dekat rumah sendiri je. Pagi raya pegi sembahyang raya , pegi kubur pastu balik rumah salam mintak maaf semua , ambik gambar dulu pastu petang tu baru balik kampung. Sempoi kan raya kitorang tahun nie haha 

 

First eid tuh ramai jugaklah budak2 datang beraya. Paling best bila suruh makan kuih raya taknak tapi duit raya nak haha. Erm rindu masa kecik2 pegi kutip duit raya satu kampung. Sekarang dah tak boleh sebab dah besar. Kalau pegi confirm dapat seposen je HAHA


Otw balik kampung. Wajib selfie okay! Hahaha. Nasib baiklah tak jammed kalau tak pasrah jelah dalam kete hadap jammed kan


Cousin yang paling sayang :*
Yang lain pun sayang jugak tapi yang nie paling sayang. Sebab selalu share problem dengan dia. Dia selalu tolong afifah kalau afifah ada problem

 

Tahun nie my cousin nie pt3 and now dia dah habes pt3.
 Yeayyyy nanti kita spendtime sama2 okay 




Mana cousin yang lain ? Hilang. HAHAHA
Semua pakat pegi raya rumah kawan2 tinggal lah kitorang yang still budak2 nie dekat rumah. Rasa macam rugi lah jugak tak selfie dengan diorang. Kenangan kan huhu


Raya kedua tuh pulak kitorang beraya dekat Perak. Hehe 
Raya kedua tuh takde ambik banyak gambar pun. Gambar selfie sendiri dengan ootd je. Ootd takyah upload kot. Iolls gemuk! Huhu

Okay setel update entry raya 2015. Kemain gigih kau dari pagi tadi ketuk keyboard nie sekarang dah malam baru publish entry nie! HAHAHAHA