Rabu, 10 Disember 2014

Entry Merapu...

Assalamualaikum

Petang-petang nih tetiba ada mood nak update blog pulak. Okey lah tu kan dari biarkan blog nih bersawang sunyi sepi je kan. Tapi takde idea nak update lah. Haha Boleh macam tu kan ? :-P

 

Now my wishlist is Iphone 6!
Yes bukan semua orang mampu nak pakai Iphone kann. Kalau anak orang kaya maybe lah mampu nak pakai Iphone. Or kalau parents dia gaji RM500 ribu sebulan tak kisah kan. Kau nak pakai IPhone 19 pun bolehh! *Ada ke Iphone 19 ? HAHA*

Kalau orang macam kita nih mampu pakai Samsung je! Haha. Bak kata my friend " Ok lah tuh dari takda phone kan " So kalau nak pakai Iphone kenalah berjimat cermat dari sekarang especially student kan. Kalau kau dah kerja no hal! Sebab kalau gaji kau sebulan 2 ribu sebulan kau simpan seribu then lagi a few months dapat lah beli kan. But how about student ? Haa kau kena lah start menabung dari sekarang
Macam afifah sendiri, sehari afifah simpan RM1 khas untuk nak beli Iphone, lama-lama dapat lah kan. Tapi kan kau bayangkan sehari RM1 bila agaknya kau boleh beli phone idaman kau tuh ? HAHA! Memang lama lah kan. Bertahun beb! But for me " Sikit2, lama2 jadi bukit right ? "
Kuang kuang kuang T_T

So pada hadik2 sekalian yang nak beli IPhone start lah menabung sekarang. Nanti bila umur 19 tahun kau dah boleh tayang Iphone depan kawan kau dah. Haa okay tak idea hakak nih ? >.<

Sekian entry merapu daripada saya,
Nurul Afifah dari Malaysia

Isnin, 3 November 2014

Tips menghadapi exam

 Assalamualaikum and selamat pagi! :)

 

Sapa sini tak pegi sekolah sila angkat tangan ? Haha! Rasa bosan laa pulak tak pegi sekolah sebab tak boleh tengok dia! Hahaha. Rindu sehh. Erm.. Harini afifah nak share tips sikit. Tips sangat kenn ;p Tips nih pakai main copy paste je. Copy paste tips nih dari cikgu afifah sendiri and haritu afifah ada terbaca ada sorang blogger nih share tips nih tapi dah lupa sapa. Huhu. Takpe lah sharing is caring kan
Hopefully tips nih membantu korang. Kan sekarang bulan SPM and exam last year kan. Haa korang patut ambik and guna tips nih tauu >___<

Siapkan Segala Peralatan
Jangan lupa siapkan slip exam, ic, alat tulis one day before korang nak ambik exam tu. Make sure korang dah siap letak dekat dalam beg yang korang nak bawak tu tau. Letak dekat tempat yang senang nak nampak means atas meja belajar. Make sure jugak baju korang dah iron, kalau yang perempuan make sure malam tu tudung pun dah iron, kasut pun dah siap ada dekat tepi pintu, stokin pun dah cari. Senang cerita malam tu semuanya dah complate

Tidur Awal
Nih wajib bagi mengelakkan korang mengantuk masa jawab exam tu. Make sure korang tido sekurang-kurangnya 6-8 jam tau. So pastikan korang tido secukupnya. Dah lewat dah kalau korang nak study last2 minute macam ni. So make sure korang tido dengan cukup untuk elakkan korang mengantuk masa nak jawab exam tuh. Macam afifah jugak masa nak exam haritu susah nak tido awal tapi takpe its okay if korang tak boleh tido awal, korang boleh zikir dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan esok

Bangun Awal
Bangun awal supaya kita lebih bersedia. Jangan lupa solat. 

Jangan Lupa Breakfast
Yang nih agak penting. Silalah breakfast. Better ambik breakfast milo 3 in 1 ke, nestum, roti, kurma, kismis, nasi. Terpulanglah pada korang. Tapi jangan ambik yang pedas2 pagi2 nih. Kang sakit perut susah pulak kan.

Jangan Lupa Minta Restu Guru
Yang nih penting. Korang kena mintak maaf dan restu supaya ilmu yang korang belajar tu berkat. Sebab doa cikgu nih mustajab. So kalau korang rasa2 korang banyak dosa dengan cikgu better mintak maaf okay.

Deactive Akaun Fb,Wechat & Dll
Yang nih terpulanglah pada korang la kan. Kalau nak deactive dipersilakan ;p Tapi kalau taknak itsokay. Korang just biarkan dan jangan selalu leka main sangat dan akan menyebabkan korang lupa pada pelajaran. Korang boleh je main fb semua just kena pandai bahagi masa. Itu yang penting :)

Langkah Kaki Kanan
Better langkah kaki kanan :) If terlangkah kaki kiri, haa korang gostan balik :p

Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal okeh. Bacalah doa ni dan amalkan masa jawab soalan okey Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok. 

Jangan Check Kertas Soalan Lepas Setel Jawab
Ok kalau yang nih kekadang afifah pun terbabas. Ter "check" jugak kertas soalan lepas setel jawab. Tak kira lah check di rumah ke sekolah ke. Siap bincang jawapan n bergaduh dengan kawan lagi yang kau buat ni salah, aku buat betul. Haa gituu. Hahah. Apa yang penting tawakal dengan jawapan yang kita buat dan fokus subjek lain pulak :) Ni disebabkan kalau kita tersilap jawab, emosi kita akan terganggu.

Jaga Hubungan Dengan Ibu Bapa
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. So korang kenalah berbaik dengan ibu bapa. Jangan derhaka pulak eh. Ingat tu. Selalulah mintak restu ibu bapa dan mintak maaf kalau ada salah silap selama nih untuk memudahkan lagi kita jawab exam :)
Okeh tu je kot tips yang dapat afifah share. Hopefully membantu korang. Afifah pun amalkan jugak tips2 nih. Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. :) Ok bye :D

XoXo
:D

Ahad, 13 Julai 2014

Kawan Sejati


Assalamualaikum :)


Apa yang diri ni rasa setakat ni :-

- Diorang ni lah yang selalu buat diri nih happy
-Diorang ni lah yang selalu buat diri ni menangis (HAHA)
- Diorang ni lah yang selalu ada time happy and sedih
- Diorang ni lah yang selalu buat jahat >.<
- Diorang ni lah yang selalu bagi nasihat
- Diorang ni lah yang suka mengumpat :p
- Diorang ni lah yang selalu teman pegi sana sini
- Diorang ni lah yang selalu bagi hadiah
- Diorang ni lah yang selalu belanja.
- Diorang ni lah yang selalu ingat tarikh birthday
- Diorang ni lah yang selalu pegi beli makanan.
- Diorang ni lah teman setia
- Diorang ni lah yang menjadi orang suruhan :3
- Diorang ni lah yang terbaik setakat ini.

Ya allah. Tak boleh bayangkan kalau satu hari nanti kami berpisah. Tapi kalau tu yang jalan terbaik redha jelah. Huhu. Apa yg berlaku pasti ada hikmah. Hope persahabatan ni takkan terpisah walau apapun halangan. Kami berkawan start darjah 2 lagi tau. Bila dikira balik, dah lebih 3 tahun tau.
Punyalah lama kan. Alhamdulillah, persahabatan kami mampu bertahan walaupun kami selalu bergaduh. Yang paling2 kenangan yang tak dapat dilupakan tahun lepas. (2013) . Setiap kali ada experimen dekat sekolah, mesti kami akan bergaduh. Itu memang WAJIB ! Haha. Dan, apa yang kami rancang mesti ada je yang tak menjadi.
Memang agak sukar lah kami nak lupa semua moment tu. Tahun ni masing2 busy dengan sekolah. InshaAllah hujung tahun nih baru kita enjoy okeh..


Serius kitorang dah macam siblings dah tau. Pegi mana pun berkepit je. Allahuakbar! Dah takde perkataan lain dah selain Alhamdulillah :) Syukur sangat kitorang dapat merasa kasih sayang seorang kawan sejati :p Betul cakap orang., kalau kawan sejati dia bergaduh lama mana pun tetap akan baik jugak macam biasa. Paling lama bergaduh pun sehari je. Esok tuh dah okey. Kawan macam biasa. Hope sangat persahabatan kita takkan terpisah. :') 


Untuk Ameera, Atiqah, Farah,Awaa, Amira,Wan,Aina,dan Ain --> Nanti bila kita semua dah besar, dah kerja semua jangan lupa persahabatan kita okeh. Ingat yang kita selalu bergaduh :p Gosip :p Dan semua lah yang pernah kita lalui okey ? Sayang korang semua ketat-ketat. 


Okey bye. Nanti kita update lagi okey.. Bye. [Hope sangat diorang baca ayat yang aku tuju dekat diorang semua tuh :p]



Jumaat, 27 Jun 2014

Hari Anugerah Cemerlang


Me, Hani, Farah & yang belakang tuh macam biasa. Orang yang selalu ada gambar dia dalam ini blog. Sapa lagi kalau bukan Ameera kan. Hehe.

 Assalamualaikum. Baru sempat nak update entry hari nih. Keyboard pun dah berhabuk dah. Huhu. Kejap ehh nak tiup habuk jap
..........
.....
...
.
Okey sambung balik. Hehe. Takde cerita menarik pun sekarang. Ada memang ada, tapi dah nama cerita menarik, of cos ler tak sempat nak pegang phone & ambik gambar kan. Dah nama pun cerita menarik kan :P
Cuma ada cerita terkini! Terkini sangattt! Tadi ada Hari Anugerah Cemerlang dekat sekolah. Afifah kena pegi cause Afifah ada ambik bahagian dalam persembahan. Persembahan koir je pun :p So tadi sebelum & selepas dah koir, kitorang selfie ler apa lagi kan. Hihi. Cuma gambar time kitorang koir tuh je takda. Ampun :'(
Takda orang nak suruh amek video or ambik gambar time kitorang koir tuh. Huhu. Layan gambar jelah okey.









 

Classmates!  
Amira (Yang nih pun amira. Cuma ejaan diorang lain2.) Yang tengah tuh pulak owner blog ni lah. Sapa lagi kan. Hehe. Pastu yang tepi tuh pulak my bff yang suka buli orang, Aina

Ameera, Afifah & Fatihah
 

Aishah kot nama dia. (Penari Sekolah) And yang tepi tuh Hani  


Again!
Hani, Ameera, Afifah 

Afifah, Ameera & Fatin


  Again! Again!
Afifah, Ameera


 Me & Ameera

Ok tata. Just nak update secara cepat saja. Nak jadikan kenangan lah katakan :P
Ok bye. Assalamualaikum



Selasa, 11 Februari 2014

Peminat tegarrrrrr MUSTACHE

Assalamualaikum...
Afifah memang peminat tegar mustache. Tapi kan, barang2 mustache nih susah nak jumpa dkt luar. Sape ade jual ? Boleh bagitau afifah ehh. Nak beli. Tak kiralah jual necklace ke, beg ke, baju ke... Asalkan mustache. Hehe.

Ok tadi afifah try google barang2 mustache nih. Tetiba terjumpa. Terus cepat2 save dalam phone. Tengok lah. Betapa gila nyaaaaa daku kan. Tengok sikit je terus save. Haihh.








See ! Banyakkan image !!! Dah lah afifah nih kuat shopping. Tengok barang2 mustache nih terus cair. Ahh tidak ! Habis lah poket aku terkoyak rabak !!! @_@ 
Huhu.

Jumaat, 7 Februari 2014

Thanks. :')

Assalamualaikum.
Style tak lagu blog kita ? haha. lol :3

2.02.2014 hari lahir afifah tauu :') Tak sangka dah cukup umur lah kalau ikutkan tarikh lahir :'p Ya Allah ! Cepatnyaa. Rasa macam baru semalam jaa afifah pergi tadika. huhu.  How time flies !!! 
Kekadang tu kan rasa macam baru seminggu macam tu ja 2013. Tup tup, dah 2014 dah sekarang. huhu. Bila dah besar mestilah lah perangai tu berubah kan. Sama ada berubah banyak ataupun tak. Rasanya kalau ada yang berubah tu sikit je kot. hehe. Perangai budak2 tu still ada lagi. Dah lah. Sebenarnya nak taip lain, tapi lain pulak ditaipnya. hehe

Ok. Kan 02.02.2014 hari jadi afifah. Hari jadi afifah jatuh pada hari Ahad. My sis punya birthday 26 haribulan 1. Afifah 2 haribulan 2. So beza mungkin seminggu ja kot. So geng afifah diorang ada plan tau. Memula macam sedih gak sbb diorang kata diorang nak gi Sunshine 3 hari bulan 2 tu. Tapi diorang tak bgi afifah ikut. Tak muat kereta dah katanya. huhu. Tetiba ameera datang rumah cakap 3 hari bulan dua tu lepas tusyen nak pegi sunshine. Dia ajak afifah. Pelik sangat lorhh -.-

Pastu 3 hari bulan 2 tu afifah tak pergi sekolah. So plan diorang semua tak menjadi. Muahaha :p Padan muka ! Rasakan !!! 4 hari bulam 2 tu afifah pegi sekolah. Pastu time rehat, afifah gi beli air. Diorang cakap nak tunggu dekat kerusi depan tu. Takpelah. Afifah pergi beli air. Tetiba diorang takdakk !  Akhirnya afifah terjumpa diorang dalam tandas. huhu. Diorang buat suprise ! Bila buka pintu tandas, geng afifah terus jerit '' Happy Birthday !!! ''  Wahh ! Terharu *_* Lepas tu baru diorang bgitau yang sebenarnya hari Isnin tu diorang nak buat birthday party afifah bukan nak pegi sunshine ! Tapi dah afifah tak pergi terus jadi macam lain pulak. hahaha.

Mesti korang rasa afifah dapat hadiah sikit je kan. huhu. Memey arr ! Tapi bagi afifah dah cukup. Sebab diorang banyak bagi wish dkt afifah ;)

So ni antara yang afifah dapat :')



Semua yang afifah dapat. Kad, gelang and lain2. hehe


Kad dari Ain ! Thanks dear :3


Kad dari Ameera ! Sangat cantik. Tengok depan pun dah cantik right ? Dalam lagi lah cantik !!! Tapi tak boleh tunjuk isi and rupa dia dkt dalam. Bahaya :p Btw, makasehh meera ~ Sayang hang :'*


Dari Aina. Kad nya ada dkt atas beg tu.. Yang macam ada nama afifah tu gelang tau. Makaseh aina :*


Ni tudung bawal dari Wan Nur Anis ~ Macam tau2 je aku suka color pink kan. hoho >.< 
Makaseh Wan. Sayang hang jugak :p :*


Ni pulak dari Ameera. Hadiah dia bagi, kad pun dia bagi. Yeayy ! Ameera ni sorang lagi, macam tau2 ja afifah suka color  pink and purple. Dia pulak bagi tudung bawal color purple. huhu. Btw, Thanks again meera. Sayang hang ketat2 lah ! And sayang semua jugakk ! heheh. 

Yang wish, bagi kad, hadiah and lain2 makaseh ehh. Terharu pliss -_-

K byee :) 
Jumpa di lain entry. Tata :*


P/s :  Entry pengumuman pemenang akan diberitahu kemudian ya. Sebab lagi berapa minggu nak exam, so busy banyak bukan sikit. K bye :P

Khamis, 30 Januari 2014

#NurAinaIrdina 9 bulan


Yeayyy ! Bulan nih aina dh 9 bulan. Ya Allah, cepatnyaa masa berlalu kan.
And InshaAllah bulan 3 ni aina cukup 1 tahun. Yayy ! Boleh buat birthday party ! 

Untk 9 bulan memang banyak kot perubahan. Antaranya :-

1. Boleh duduk ( Memang cepat sangat dia duduk. Kadang2 kita pulak takut kan dia terlentang ke ape. )

2. Boleh merangkak sikit2. ( Dia boleh merangkak sikit2 je. Its okey aina. Perlahan-lahan okey. )

3. Ada gigi ( Nih yang excited. Haha. Memula tak berapa jelas sangat tau. Tapi sekarang dah nampak gigi dia tuu. Dalam 2 batang je kot gigi dia. Belah atas. Kalau dia gelak nampak lah. )

4. Suka tarik rambut and panjat ( Yes yang nih Afifah selalu kena. Macam biasa ikatlah rambut. Pastu kalau tunduk sikit je. Rasalah macam ada misteri. Orang tarik rambut. Hahaha. Tengok belakang aina yang tarik rambut.) Hoho :p ( Aina dia suka panjat. Pastu dia suka panjat atas orang. Sabo jelah. Haha. )

5. Suka tarik benda (Yang ni memang cepat sangat. Pantang letak apa2 depan dia. Mula lah tarik)

6. Suka gelak and senyum ( Memang best sangat part nih. Boleh dikatakan setiap hari Aina gelak and senyum. Pemurah betol orangnya. Haha lol :'p )

7. Pandai main ( Yup. Aina memang pandai main dah sekarang. Dulu biasa2 ja. Sekarang lagi best kalau nak ajak dia main. I likeeeee :'D )

8. Suka tengok gambar dia sendiri and suka orang ambil gambar dia ( Try kita bagi dia tengok gambar dia sendiri, mesti dia gelak senyum2. Alahaii :'D ) (Pastu dia suka kita ambil gambar dia. Nanti dia buatlah memek muka. Best bila selfie dengan aina. Haha. Bagus betol dia nih kan. )

9. Suka buat muka manja (Contohnya dia duduk dalam walker. Sama ada kita kata " Buat muka manja sikit" or kita kata "Chu Chakk" automatik dia akan sengetkan kepala dia.)

So setakat tu jelah perkembangan aina untk bulan nih. Nanti kita update lagi. Tata ;D


Selasa, 28 Januari 2014

Birthday Girl :)

Assalamualaikum :)
Tajuk macam apa lagi kan. muehehe :p
Lamanyaa lahai tak update. Dah hujung bulan 1 and hari Sabtu ni masuk bulan 2 baru nak update. TERBUKTI sekarang nih busy kan. Heheee :p Sekarang baru ada mood nak berblog. Tu pon sikit jaa. Nak update pon sebab nak wish sesuatu :p Sebelum tu harini baru free sikit. Sikit jee tak banyak pon. hehe. Kekok pulak nak menaip dekat laptop nih. hehe. Sebab selalunya apa2 pon, just update guna phone. So sekarang jadi kekok sikit. hehe


Happy birthday to you, my sis ! 
Happy birthday to youuu !



Wahhh ! Dah tua dah my sis hehe. Jangan marah nah :3  Tanggal 26 Januari adalah hari jadi my sis. 26 januari jatuh pada hari Ahad ! So, hari Sabtu tuu kitorang pegi jalan-jalan cari makan. Hee ;p Makan dekat kedai apa entah. Sedapp gak. Orang tak berapa ramai so selesa sikit :p
Kitorang keluar lepas maghrib sebab nak cari barang. So bila dah selesai kitorang makan - makan. Lepas dah setel makan balik. Lepas balik-balik terus tidur. Weee T_T

Btw untungnya my sis. 2 hari sebelum hari jadi dia , dia dah dapat hadiah. Huhu. Takpe. Ahad ni hari jadi afifah pulak. So nak tengok sapa yang orang pertama bagi hadiah dekat afifah :p HAHA ! No lah ! Gurau jee pon. Kang ingat betol2 pulakk. Cukuplah dengan wish :-P Tapi kalau nak bagi pon ok gak . Hihi


Hurmm.. Baru update panjang tuu dah rasa letih. Lol :p Sebelum tu, my sis pon blogger jugak tau. Tapi dah lama dia tak update blog. Bukan sebab lupa password, tapi takda mood katanyeww . So doa-doalah supaya my sis ada mood nak berblog tau. 
K lah. Byeeee :)



Yang belakang tu my sis ❤